Tuesday, October 21, 2014

lihat dan pandanglah sekeliling ; alam itu punya sesuatu !

Bismillah.



foto dari kamera nikon merah, tahun 1


hari ini, lewat pulang dari jamiah, kelihatan seorang teman akhawat  sedang berjalan kaki berseorangan menuju ke arah sweileh, timbul rasa sebak dalam diri, begitu kuatnya dia. bagaimana saya masih selesa duduk menaiki coaster andai ada sahabat yang lain bersusah payah untuk pulang dan pergi ke jamiah. seandai ditanya jawapan yang biasa didengari hanya ringkas"exercise " sambil dibalas dengan senyuman penuh lelah.

tunduk,

sayu..

coaster berhenti lagi di lampu isyarat masjid universiti. terlihat pula dua orang sahabat dari kalangan syabab berjalan kaki menempuh kesejukan petang sambil berborak riang. ah, luarannya tampak seronok namun dalam hati siapakah sahaja yang tahu dan memahami situasi mereka yang sebenarnya ? sedang berjimat untuk wang sekolah adik-adik di kampung, mungkin saja sedang berjimat untuk membayar wang yuran universiti yang tinggi (disebabkan majoriti dari batch mujaddid yang tidak mendapat yuran tempatan jamiah). mungkin sahaja. banyak lagi andaian yang tak terkata, semuanya merasai susah. susah sebelum dapatkan senang akan datang.

sering sahaja kami bualkan tentang kesusahan pelajar Malaysia di sini, bukan sikit, tetapi saban tahun, bilangannya makin meningkat, tambahan lagi, dalam batch saya, namun, apa sahajakah usaha yang kami terdaya untuk melakukannya, mana yang termampu kami lakukan, kami lakukan.


masih teringat sewaktu punya kesempatan mengikuti Annual Grand Meeting mpmmj (persatuan penuntut Malaysia di sini) tahun lepas, saat wakil dari setiap dari kelab dan persatuan yang bernaung di bawah mpmmj diberi peluang untuk memberi ucapan di hadapan pentas. sewaktu bangkitnya pengerusi unit zakat dan sedekah Mpmmj berucap, beliau menyebut akan peningkatan kutipan zakat bagi tahun lepas dan meluahkan rasa simpati terhadap beberapa penuntut Malaysia di seluruh mantiqah di Jordan sehinggakan ada yang sanggup berlapar dan makan indo mie (mi segera yang boleh didapati dengan mudah di Jordan dari Indonesia) yang dikerat empat ! terkejut.




kunci kegembiraan banyakkan memberi dari menerima



siapa kata hidupnya manusia di muka bumi ini penuh sahaja dengan kesenangan. ada orang sudah dipermudahkan jalannya menuntut pelajaran ke luar negara diuji sedikit dengan kewangan. tak kurang juga yang diuji dengan emosi dan masalah keluarga, ada juga yang diuji dengan masalah M orang melayu, malas. juga masalah akademik meski sudah diusahanya sebaik mungkin, macam-macam.


lagi ditelek,


berbezanya kesusahan yang dialami oleh setiap orang memantulkan kembali keagungan Dia yang begitu berkuasa dan upaya untuk memberikan kesusahan dan kesenangan keada siapapun yang Dia hendak !


ada juga manusia yang hidupnya yang mudah dalam segala aspek, dari wang yang sudah ditaja oleh kerajaan dan badan-badan zakat, dari keputusan universiti yang menakjubkan, pengaruh rakan-rakan yang bagus, dihormati semua orang, daya ingatan yang tinggi namun pasti sahaja manusia itu tak kan pernah rasa cukup dengan apa yang ada, dirasakan pula dia keseorangan , perlukan teman untuk berkasih, lalu, hanyut dalam dunianya sendiri, yang lantas, merenggut satu persatu nikmat yang diberiNya sebelum ini.


jadi, apa sahaja yang buatkan manusia itu terus utuh dan rasa cukup dengan apa sahaja yang dia dapati dari dunia yang tidak mengenal erti lelah dengan kerenah kami ini?


 ya,

 ilmu.

ilmu yang akan buatkan kita senantiasa rasa dekat dengan si Dia. ilmu yang buat kita lebih peka dengan alam. Alam yang dimaksudkan bukan sahaja dengan jaga kebersihan tempat tinggal , pakaian, dan alam sekitar seperti firman Allah :

" ! وثيابك فطهر "
namun apa sahaja yang terkandung dan hidup pada alam itu, mana mungkin manusia yang mukmin tidak prihatin terhadap jiran tetangganya malah sahabat karibnya. mungkin boleh pakai kata orang Melayu " anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan " . bantu selagi mana kita mampu !


teringat sewaktu sem musim panas tahun lepas, berkesempatan mendaftar kelas arab 100 (mata pelajaran wajib) dengan seorang kakak senior yang sudahpun kini selamat berada di Malaysia. beliau punya aura yang cukup berbeza, ada sahaja peluang yang beliau pilih untuk  membuat kebaikan. usai sahaja kelas setiap hari, sering sahaja dia berlumba menghulur duit ke pak cik coaster membayar tambang kami juga. nah, kebajikan yang sedikit pun mampu membuatkan hati seseorang terasa indah dan terkesan, apatah lagi kebajikan yang besar-besar. mudahnya untuk gembirakan hati orang dan hati sendiri ! :)


juga ilmu yang membuatkan kita lebih semangat untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan yang ditegah. andai sahaja dicabut nikmat cintakan ilmu dalam diri, sakitnya bukan kepalang, malas mula merajai diri, kehidupan mula dipenuhi dengan perkara yang tidak sepatutnya.
 juga ingatlah ilmulah antara yang ditinggalkan yang diwariskan oleh rasulullah dan para anbiya kepada kita.  siapa lagi yang diwajibkan menjaganya kalau bukan kita si penuntut ilmu !



sweileh yang menyimpan seribu satu cerita 


kadangnya, sedih melihat persekitaran kampung sweileh,bukan sedih kerna asap rokok si arab yang makin kian menusuk hidung, namun sayu akan sikap kita semua.  malam kuliah kita tak lagi sehangat waktu kita tahun satu dahulu.segala kuliah-kuliah yag persatuan atau siapa sahaja anjurkan hilang meriahnya dengan sesi soal jawab yang menyegarkan .Masih kah kita ingat,  saat masing-masing punya semangat luar biasa dalam berkejaran medapatkan ilmu, kelas-kelas ilmu yang dekat dengan kita tak mampu lagi kita datangi, kelas-kelas percuma yang dibuat oleh syeikh-syeikh pada hujung minggu ditolak untuk hadirkan diri tanpa punya alasan sebab musabab yang kukuh.  usrah yang dianjurkan hilang izzahnya dan kesan pada diri.


sememangnya hidup kita tak mampu untuk lari dari tanggungjawab ilmu,tanggungjawab ilmu itu ada di mana-mana sahaja, walaupun kita hanya pelajar biasa-biasa , walau kita hanya datang ke sini untuk mempelajari markaz lughah ataupun dipaksa . dari pelbagai latar belakang pengajian, kita lagi punya kelebihan dan kekuatan untuk berbincang mengadakan pelbagai forum dan wacana ilmu untuk merancakkan kembali daya fikiran masing-masing, selain dari apa yang diajar di universiti.


 tujuan untuk menulis, bukan ingin  buka pekung di dada dan mengecam mana-mana individu, jauh lagi untuk menunjuk diri, namun lebih kepada mendatangkan rasa muhasabah kepada sesiapa sahaja yang mambaca malah bagi empunya tangan yang sedang rancak mencoret ini. entahlah, asalnya bukan punya tujuan yang khusus untuk bercoret panjang , isinya sahaja kejap tenggelam kejap timbul, namun inilah perasaan yang sekian lama berbuku di hati.


salah kita yang biasa , kita anggap kekurangan itu melemahkan sedangkan kekurangan itu sebenarnya bersifat menguatkan. kita juga jika lemah dalam sesuatu perkara, kita bukan keseorangan, adilnya Allah, Dia punya kebijaksanaan menciptakan manusia dalam gene yang berbeza yang seterusnya melahirkan sikap dan kelebihan masing-masing yang begitu banyak bezanya. dan di saat itulah kita saling menguatkan dan menampal kekurangan mereka yang lain. semuanya kerana segala simpulan Ilmu ada di tangan Tuhan ! kita jauh sekali punya kemampuan menyangka buruk setiap apa yang dianugerahkan olehNya. yang perlu kita lakukan bersyukur dan bersabar dan berusaha memperbaiki kesalahan sekarang dengan sungguhnya !

alam itu punya sesuatu untuk kita dapati, mustahil seorang manusia yang baik imannya, yang baik akal fikirannya, tidak mendapati apa2 daripadanya, walaupun dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

malah, hati yang sakit juga dapat hidup subur kembali hanya dengan melihat alam andai diamati dengan mata hati yang paling jujur dan ikhlas.


Wallahualam.





Friday, April 18, 2014

Dahulunya sakit kininya manis :)





Bismillah,


cenonetnya lahai kami !


Setelah sekian lama menyepi dari menulis, hari ini saya terpanggil untuk kembali mecatat suatu cebisan dari hidup-hidup saya di Jodan dengan harapan ianya menjadi penguat di kala lemah, hilang semangat dan jatuh dan khas untuk kita semua sahabat yang tersayang !

dulu, kalian  bersungguh dokongi saya ,walaupun terkadang dari lubuk hati ni, mersakan yang dokongan itu hanya seolah-olah hanya sekadar tidak memberi apa-apa kesan terhadap diri , dengan erti kata lain, saya dah hilang keyakinan dan memusnahkan impian serta harapan diri sendiri. makin bertambah leka, hanyut, memekakkan hati dan telinga untuk berubah dan itqan dengan jalan yang sedang ditempuhi sekarang, sadis sungguh.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

terimbau kembali.
selepas raya aidilfitri yang lepas, semua bertanya tentang result yang  diperolehi  oleh saya untuk tahun pertama perubatan. dan tipulah kalau diri tidak merasa susah hati dan berdebar sepanjang keberadaan di kampung waktu itu,

" diorang semua lepas, alhamdulillah, aku pulak macamana? aku kena ikmal ke nanti? aku kena balik awal? oh tidak !". hati mana yang nak tenang saat soalan-soalan pembunuh semangat meletus tak berhenti dalam kepala ni. 

"takpa-takpa adibah, awak tenang , insyaAllah, apa jua berlaku, kena REDHA !". desus hati cuba memujuk perasaan sendiri,





 taknak rosakkan mood dan suasana indah hari-hari raya dan sepanjang percutian yang tak seberapa lama tu.tenang seketika. saya cuba melupakan keperitan dan kebersediaan diri untuk membuka website uj tu. bagi diri, ubat terbaik tika itu untuk melupakan sakit dan pedih tu dengan langsung tidak memikirkan apa2 soal akademik. 

kurang cerdiknya, nak lari mana, nak tak nak kena hadapi juga. lambat laun, air mata akan jatuh juga. sekuat mana manusia menahan, dia tetap manusia. punya hati dan perasaan, mana mungkin mampu untuk menggalas keperitan itu berseorangan tanpa bantuan dan dokongan mereka yang lain.


kitakan tetap manusia yang punya jiwa sedih dan gembira.

tibalah saatnya sekembalinya saya dari kampung ke Nilai, hati makin memaksa untuk terus check result dalam website penuh menyeramkan dan sedihnya, line internet rumah sangat perlahan dan memang tak oleh check samada via mobile data atau wifi rumah. and last, dengan berat hati hantar message ke umi untuk umi checkkan result dekat sekolah umi. semua maklumat diri id dan password semuanya dihantar . dan saya dirumah menunggu keputusan dengan penuh berdebar, tiap masa sepanjang hari tu, mata tak pernah lari dari memandang phone takut2 ada message dari umi. berdebarnya masa tu, hanya Dia yang tahu, betapa banyak doa dan kata2 pemangkin yang saya ucapkan tika itu hanya Dia yang tahu. menunggu dengan penuh sabar dan cuak. tak pernah rasa sedebar ini !

akhirnya, message yang ditunggu-tunggu masuk dalam inbox message. umi taip bulat-bulat macam yang ditulis dalam table tu. dan tak lama kemudian, dapat panggilan dari umi,

"salam kak long, macamana dengan result tu, lepas ke?" umi menanya di hujung talian dengan penuh berdebar.

"umi, kak long kena ikmal. " suara menahan sebak, kalau boleh time ni, tak nak menangis depan umi, umi dah lah banyak kelas lagi hari tu, tak nak susahkan hati umi, rasa nak peluk umi sekarang tu jugak, 


sakit, perit, pedih, letih, menyesal, apa dah jadi ni. ? dunia gelap seketika.


layu.

saya diam , tak berkata apa-apa.

"kak long, ok tak ni, kak long tenang dulu, nanti umi cuba balik awal sikit harini, " balas umi memcah kesunyian. menenteramkan saya.

"umi, bila kena ikmal maksudnya kak long kena balik awal. tiket macamana, nak study macamana, buku semua tinggal dekat jordan. , maafkan kak long umi, buat umi abah macamni, tak bersungguh dengan amanah ni. maafkan kak long umi,".semuanya keluar, akhirnya air mata yang tadinya ditahan dengan penuh daya mengalir juga, 


sungguh , beratnya ujian yang ditimpa atas saya tika ini, terdetik betapa masih awal lagi ujian ini buat diriku, seawal tahun satu, terpaksa berhadapan dengan semuanya seorang diri.


lepas habis call umi, terus masuk bilik dan rehatkan diri. tenangkan diri, forwardkan message dekat syidah.

"syidah, kita kena ikmal". ikmal ikmal ikmal.

sakitnyaa, pedihnyaa, semua call lepastu memang tak terdaya nak teruskan lagi dah. 

satu persatu masalah timbul dalam kepala. kena ikmal bermakna kena balik awal, cuti yang dulunya jadi 3 minggu lebih, berkurang seminggu, nak kena study sepanjang duduk bercuti kat rumah, mana nak dapat sheet dengan slides .


dan Alhamdulillah, saat saya jatuh tersungkur ini, Allah masih sayangkan hambanya yang sering leka ni dengan menghantar seberapa ramai wasilah untuk menenaaangkan jiwa yang gundah, yang serabut ni.



susunan hidup  yang begitu indah

umi abah , yang sentiasa sokong dari belakang, yang tak putus-putus bagi semangat dan kata-kata positif untuk menaikkan kembali keyakinan dan semangat anakmu ini. abah yang sanggup pujuk dan tolong kak long uruskan tiket (terpaksa beli tiket baru one way sebab terpaksa balik awal seminggu dari yang lain seorang diri bertemankan dengan adik-adik dan akak-kakak dari YIK tahun stau yang akan ke Jordan), abah sanggup tolong bawak kak long untuk pergi sekolah abah semata-mata untuk download sheets dengan slides yang berpuluh-puluh tu memandangkan internet rumah ada sedikit masalah masa tu, terima kasih umi abah sebab sentiasa doakan dan sabar dengan fe'el anak abah umi sorang ni. :'(

Lina Salem dan Ala' yang membantu mendaftarkan nama untuk ikmal , yang sentiasa update dengan study saya seorang tika itu, yang sudi meneman saya saat terpaksa pergi jamiah ambil ikmal seorang diri saat semua sahabt masih lagi di tanah air tercinta. yang menunggu sehingga saya habis exam, dan bagi support. sungguh !, ni lah ukhuwah dan kasih sayang seorang kakak yg tak berbelah bahagi walaupun baru kenal. siap ala' belanja cokelat dengan belanja tambang coaster lagi. betul lah,
saat kita kehilangan dan jauh dari mereka yang senantiasa mendokong kita, Dia menggantikannya dengan mereka-mereka yang sanggup berkorban segalanya demi membantu kita. sungguh ,engkau tidak pernah bersendirian ! yakinlah ! 

saat kita bermusafir adalah saat kita benar-benar mengetahui potensi dan kelemahan diri.saat kita mengetahui Allah masih sayangi kita dan hendak membentuk peribadi kita yang paling baik yang kita mampu lahirkan. permusafiran yang sungguh membentuk peribadi dan mendidik jiwa .

tak lupa buat sahabat-sahabat berlapan. ilah, melly, rasyidah, kak ya , atin, nasha, dan muja. mereka yang banyak membantu beri sokongan, sentiasa update berapa banyak dah habis study sepanjang saya berada di rumah, serta doa rahsia mereka yang tak putus-putus. insyaAllah, walaupun tempoh perkenalan baru sekejap cuma, tapi dapat rasakan antara kita berlapan ada sesuatu rasa kasih yang tak terungkap, susah senang kita bersama, menempuh semua jatuh bangun, turun naik , suka duka, kehilangan dan pertemuan, moga kita diberi hati yang thabat dan kuat untuk menempuh semua rintangan ini bersama.

رب أخ لك لم تلده أمك


dan saya terus terang sepanjang sem 1 tahun 2 berjalan, perasaan takut-takut untuk meneruskan perjalanan ini masih bersisa , kerap kali soalan -soalan berbentuk penyesalan muncul dalam kepala. adakah aku mampu?. betul ini jalannya?

gantung harap seyakinnya!
namun, saya yakin dengan istikharah, setapak demi setapak diri cuba menanam semangat dan keyakinan mula berputik kembali. yang keputusan yang dahulunya dibuat bukan sekadar kosong semata-mata dan atas panduan si Dia . maka mana mungkin ini jalan yang salah dan tidak mampu untuk saya teruskan. saat itu, saya cuba menanam sebanyak mungkin kata-kata positif, walaupun kadang-kadang lebih banyak berdiam diri dan beruzlah buat seketika waktu bagi muhasabah dan mengumpul kekuatan, alhamdulillah syukur, sekarang saya nampak yang ini hanyalah sedikit dari ujian dunia sebenar yang Allah nak tunjukkan kepada saya. 

dan harapan serta doa yang selalu dititipkan agar kita diberi kekuatan dan thabat dengan segala apa yang diberi olehNya, ya, peristiwa ini, dahulunya pahit bagiku, namun, sekarang hikmah darinya tersingkap sedikit demi sedikit, supaya sekurang-kurangnya balik dan sekarang saya mampu menanam sifat resist dan sentiasa bersemangat walaupun ditimpa hujan ribut petir yang dahsyat macamana pun.



saya yakin, dahulunya saya antara yang terplih olehNya untuk menggalas ujian itu dari kami berlapan.mungkin saat itu, saya antara yang terlemah dan paling leka, jadi jentikan itu penuh makna , buat saya sedar dari tangga pertama (yang boleh orang katakan mudah) saya tidak bersungguh dan tak intabeh dengan kesalahan dan tak mengambil tindakan untuk berubah, apatah lagi persiapan diri untuk tangga-tangga yang seterusnya.


yakin denganNya. kuci utama.

dan kini, saya ada pengalaman yang dahulunya penuh pahit kalah kopi arab, namun kini ianya menjadi renungan dan kenangan penuh manis kalah hawiyat arab , tambahan bila menginjak ke tahun yang seterusya,agar saat saya jatuh, saya boleh bangkit dengan lebih cepat dan punya bekalan persiapan .

seperti kita yang pernah kehabisan minyak di tengah-tengah jalan, sewaktu berjalan jauh pada waktu malam keseorangan, akan datang pastinya kita akan persiapkan bekalan minyak yang secukupnya sebelum memulakan perjalan agar pisang tak berbuah dua kali. agar kita tak jatuh lubang yang kedua buat ke sekian kalinya. orang melayu kata sediakan payung sebelum hujang.

ingatlah sahabat, kita tak pernah bersendirian, andai kalian punya masalah, berkongsilah, luahkanlah. kami bisa jadi pendengar buatmu, kami bisa menjadi bahu untuk memangku, bisa jadi telinga untuk mendengar ceritamu, kami bisa jadi Harun buatmu !

insyaAllah, ahad ni,bermulalah system yang baru. GI system, yang penuh debaran, yang penuh tanda tanya. moga semuanya bermula dan berakhir dengan lancar dan baik. ;) 

ayat perkongsian umi ya, :)


nota kaki, ikmal tu repeat paper. sebab saya kurang gemar perkataan repeat yang perit tu maka ditukar dengan bahasa arab yang nampak lebih lembut dan sopan. >-< . buat yang disayangi si masyi, doa buatmu sentiasa dalam ingatan,
 dulunya aku didokongi, sekarang tiba masanya, aku mendokongmu. ;)
erat bersama.