Tuesday, October 21, 2014

lihat dan pandanglah sekeliling ; alam itu punya sesuatu !

Bismillah.



foto dari kamera nikon merah, tahun 1


hari ini, lewat pulang dari jamiah, kelihatan seorang teman akhawat  sedang berjalan kaki berseorangan menuju ke arah sweileh, timbul rasa sebak dalam diri, begitu kuatnya dia. bagaimana saya masih selesa duduk menaiki coaster andai ada sahabat yang lain bersusah payah untuk pulang dan pergi ke jamiah. seandai ditanya jawapan yang biasa didengari hanya ringkas"exercise " sambil dibalas dengan senyuman penuh lelah.

tunduk,

sayu..

coaster berhenti lagi di lampu isyarat masjid universiti. terlihat pula dua orang sahabat dari kalangan syabab berjalan kaki menempuh kesejukan petang sambil berborak riang. ah, luarannya tampak seronok namun dalam hati siapakah sahaja yang tahu dan memahami situasi mereka yang sebenarnya ? sedang berjimat untuk wang sekolah adik-adik di kampung, mungkin saja sedang berjimat untuk membayar wang yuran universiti yang tinggi (disebabkan majoriti dari batch mujaddid yang tidak mendapat yuran tempatan jamiah). mungkin sahaja. banyak lagi andaian yang tak terkata, semuanya merasai susah. susah sebelum dapatkan senang akan datang.

sering sahaja kami bualkan tentang kesusahan pelajar Malaysia di sini, bukan sikit, tetapi saban tahun, bilangannya makin meningkat, tambahan lagi, dalam batch saya, namun, apa sahajakah usaha yang kami terdaya untuk melakukannya, mana yang termampu kami lakukan, kami lakukan.


masih teringat sewaktu punya kesempatan mengikuti Annual Grand Meeting mpmmj (persatuan penuntut Malaysia di sini) tahun lepas, saat wakil dari setiap dari kelab dan persatuan yang bernaung di bawah mpmmj diberi peluang untuk memberi ucapan di hadapan pentas. sewaktu bangkitnya pengerusi unit zakat dan sedekah Mpmmj berucap, beliau menyebut akan peningkatan kutipan zakat bagi tahun lepas dan meluahkan rasa simpati terhadap beberapa penuntut Malaysia di seluruh mantiqah di Jordan sehinggakan ada yang sanggup berlapar dan makan indo mie (mi segera yang boleh didapati dengan mudah di Jordan dari Indonesia) yang dikerat empat ! terkejut.




kunci kegembiraan banyakkan memberi dari menerima



siapa kata hidupnya manusia di muka bumi ini penuh sahaja dengan kesenangan. ada orang sudah dipermudahkan jalannya menuntut pelajaran ke luar negara diuji sedikit dengan kewangan. tak kurang juga yang diuji dengan emosi dan masalah keluarga, ada juga yang diuji dengan masalah M orang melayu, malas. juga masalah akademik meski sudah diusahanya sebaik mungkin, macam-macam.


lagi ditelek,


berbezanya kesusahan yang dialami oleh setiap orang memantulkan kembali keagungan Dia yang begitu berkuasa dan upaya untuk memberikan kesusahan dan kesenangan keada siapapun yang Dia hendak !


ada juga manusia yang hidupnya yang mudah dalam segala aspek, dari wang yang sudah ditaja oleh kerajaan dan badan-badan zakat, dari keputusan universiti yang menakjubkan, pengaruh rakan-rakan yang bagus, dihormati semua orang, daya ingatan yang tinggi namun pasti sahaja manusia itu tak kan pernah rasa cukup dengan apa yang ada, dirasakan pula dia keseorangan , perlukan teman untuk berkasih, lalu, hanyut dalam dunianya sendiri, yang lantas, merenggut satu persatu nikmat yang diberiNya sebelum ini.


jadi, apa sahaja yang buatkan manusia itu terus utuh dan rasa cukup dengan apa sahaja yang dia dapati dari dunia yang tidak mengenal erti lelah dengan kerenah kami ini?


 ya,

 ilmu.

ilmu yang akan buatkan kita senantiasa rasa dekat dengan si Dia. ilmu yang buat kita lebih peka dengan alam. Alam yang dimaksudkan bukan sahaja dengan jaga kebersihan tempat tinggal , pakaian, dan alam sekitar seperti firman Allah :

" ! وثيابك فطهر "
namun apa sahaja yang terkandung dan hidup pada alam itu, mana mungkin manusia yang mukmin tidak prihatin terhadap jiran tetangganya malah sahabat karibnya. mungkin boleh pakai kata orang Melayu " anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan " . bantu selagi mana kita mampu !


teringat sewaktu sem musim panas tahun lepas, berkesempatan mendaftar kelas arab 100 (mata pelajaran wajib) dengan seorang kakak senior yang sudahpun kini selamat berada di Malaysia. beliau punya aura yang cukup berbeza, ada sahaja peluang yang beliau pilih untuk  membuat kebaikan. usai sahaja kelas setiap hari, sering sahaja dia berlumba menghulur duit ke pak cik coaster membayar tambang kami juga. nah, kebajikan yang sedikit pun mampu membuatkan hati seseorang terasa indah dan terkesan, apatah lagi kebajikan yang besar-besar. mudahnya untuk gembirakan hati orang dan hati sendiri ! :)


juga ilmu yang membuatkan kita lebih semangat untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan yang ditegah. andai sahaja dicabut nikmat cintakan ilmu dalam diri, sakitnya bukan kepalang, malas mula merajai diri, kehidupan mula dipenuhi dengan perkara yang tidak sepatutnya.
 juga ingatlah ilmulah antara yang ditinggalkan yang diwariskan oleh rasulullah dan para anbiya kepada kita.  siapa lagi yang diwajibkan menjaganya kalau bukan kita si penuntut ilmu !



sweileh yang menyimpan seribu satu cerita 


kadangnya, sedih melihat persekitaran kampung sweileh,bukan sedih kerna asap rokok si arab yang makin kian menusuk hidung, namun sayu akan sikap kita semua.  malam kuliah kita tak lagi sehangat waktu kita tahun satu dahulu.segala kuliah-kuliah yag persatuan atau siapa sahaja anjurkan hilang meriahnya dengan sesi soal jawab yang menyegarkan .Masih kah kita ingat,  saat masing-masing punya semangat luar biasa dalam berkejaran medapatkan ilmu, kelas-kelas ilmu yang dekat dengan kita tak mampu lagi kita datangi, kelas-kelas percuma yang dibuat oleh syeikh-syeikh pada hujung minggu ditolak untuk hadirkan diri tanpa punya alasan sebab musabab yang kukuh.  usrah yang dianjurkan hilang izzahnya dan kesan pada diri.


sememangnya hidup kita tak mampu untuk lari dari tanggungjawab ilmu,tanggungjawab ilmu itu ada di mana-mana sahaja, walaupun kita hanya pelajar biasa-biasa , walau kita hanya datang ke sini untuk mempelajari markaz lughah ataupun dipaksa . dari pelbagai latar belakang pengajian, kita lagi punya kelebihan dan kekuatan untuk berbincang mengadakan pelbagai forum dan wacana ilmu untuk merancakkan kembali daya fikiran masing-masing, selain dari apa yang diajar di universiti.


 tujuan untuk menulis, bukan ingin  buka pekung di dada dan mengecam mana-mana individu, jauh lagi untuk menunjuk diri, namun lebih kepada mendatangkan rasa muhasabah kepada sesiapa sahaja yang mambaca malah bagi empunya tangan yang sedang rancak mencoret ini. entahlah, asalnya bukan punya tujuan yang khusus untuk bercoret panjang , isinya sahaja kejap tenggelam kejap timbul, namun inilah perasaan yang sekian lama berbuku di hati.


salah kita yang biasa , kita anggap kekurangan itu melemahkan sedangkan kekurangan itu sebenarnya bersifat menguatkan. kita juga jika lemah dalam sesuatu perkara, kita bukan keseorangan, adilnya Allah, Dia punya kebijaksanaan menciptakan manusia dalam gene yang berbeza yang seterusnya melahirkan sikap dan kelebihan masing-masing yang begitu banyak bezanya. dan di saat itulah kita saling menguatkan dan menampal kekurangan mereka yang lain. semuanya kerana segala simpulan Ilmu ada di tangan Tuhan ! kita jauh sekali punya kemampuan menyangka buruk setiap apa yang dianugerahkan olehNya. yang perlu kita lakukan bersyukur dan bersabar dan berusaha memperbaiki kesalahan sekarang dengan sungguhnya !

alam itu punya sesuatu untuk kita dapati, mustahil seorang manusia yang baik imannya, yang baik akal fikirannya, tidak mendapati apa2 daripadanya, walaupun dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

malah, hati yang sakit juga dapat hidup subur kembali hanya dengan melihat alam andai diamati dengan mata hati yang paling jujur dan ikhlas.


Wallahualam.





No comments:

Post a Comment