Friday, January 31, 2020


[KITAB SIRAH RAHEEQ MAKHTUM : SIRI 13 - diambil dari youtube oleh Ustaz Salman Ali]



PERISTIWA YANG BERLAKU DI ANTARA PERANG BADAR DAN UHUD

Seorang perempuan arab pergi ke pasar Bani Qainuqa untuk membeli barang keperluannya, setiba di sana dia telah diganggu oleh peniaga barang kemas dan disuruh untuk menanggalkan pakaiannya dan dia enggan menurutinya, lalu peniaga tersebut mengikat kain baju perempuan itu tadi pada sesuatu(tiang), dan apabila dia bergerak meniggalkan tempat tersebut pakaian luarnya yang terikat itu tertanggal lalu dia menjerit sekuat hati sehinggakan datangnya beberapa orang dari kaum ansar. Mereka terus membunuh peniaga itu tadi, dan beberapa orang yahudi yang ada di pasar itu juga langsung membunuh orang ansar itu tadi .Dari sinilah tercetusnya konflik antara kaum Muslimin dan Bani Qainuqa.


Berita ini sampai kepada Rasulullah dan bagi Nabi bab maruah adalah satu perkara yang tidak boleh dibuat main. Jadi nabi mengarahkan Hamzah bin Abi Abd Mutalib selaku pemegang panji dan Abu Lubabah sebagai ketua untuk mengepung perkampungan Bani Qainuqa selama 15 hari. Kemudian, datangnya Abdullah bin Ubai (seorang yang munafiq) kepada Nabi untuk melepaskan Bani Qainuqa atas dasar mereka ini telah banyak membantu dia sebelum ini. dan Abu Lubabah merupakan pemimpin kaum Khazraj pada ketika itu. Akhirnya Bani Qainuqa menyerah kalah dan keluar dari perkampungan mereka meninggalkan harta mereka dan bergerak ke Syam.


(Pembunuhan Kaab bin Asyraf)
         
Seorang yahudi yang selalu menentan Islam dan orang Islam. Sentiasa mencipta syair-syair                  untuk menaikkan semangat yang Quraisy untuk menentang Islam. Abu Sufyan bertanya pada            dia agama manakah yang paling tepat? Jawab Kaab anatara agama kamu dan agama Muhammad , agama kita adalah agama yang paling betul dengan egonya. Kemudian Allah turunkan ayat ini 

Maksud :Tidakkah engkau memperhatikan orang-orang yang diberikan bahagian dari kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada jibt dan taghut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (Musyrik Mekah) bahawa mereka itu lebih benar jalannya daripada orang-orang yang beriman. (4:51)

Dan dia juga bergerak ke Madinah dan memulakan propaganda untuk membagkitkan semangat kebencian pada Rasulullah dan orang Islam. Lalu baginda Nabi bertanya kepada para sahabat siapa dia antara kamu yang menegenali Kaab ini dan boleh membunuh dia ? Lalu 5 orang sahabat yang terdiri daripada Muhammad bin Maslamah, Abbad, AL-Harith, Abu 'Abs dan Abu Nailah bangkit untuk membunuh Kaab.

Muhammad bin Maslamah tanya pada Nabi " adakah patut aku bunuh dia?" Nabi menjawab "ya, bunuhlah dia". Muhamamad bin Maslamah berkata "bolehkah kalau aku nak nak bercakap dengan dia dulu sebelum membunuh dia?". Lalu, Nabi menjawab "ya, boleh".

Muhammad b. Maslamah datang pada Kaab dan mengadu pada kaab yang Rasulullah suka untuk mengutip sedekah pada kami dan kami tak suka. Kaab kata "kenapa tak tinggalkan saja Rasullulah?". Muhmmd b. maslamah jawab "kami dah berbaiah pada Muhammad maka susah untuk kami tinggalkandia  begitu sahaja. Bolehkah kalau kau Kaab bagi kami sedikit harta untuk bagi pada Muhammad?". Kaab balas "Apakah jaminannya?". Muhammad kata "apakah yang kamu mahu?" Kaab kata "bolehkah  bagi isteri dan anak-kamu sebagai jaminan". Muhammad balas "tak perlulah untuk diberikan isteri dan anak sebagai jaminan sedangkan engkau Kaab adalah orang yang paling kacak di kalangan Arab" kaab kata "kalau begitu apa yang boleh kau jamin?" Muhamad kata" boleh tak aku jamin pedang aku?". Akhirnya Kaab menerima.

Kemudian, Abu Nailah pun jumpa Kaab dan menggunakan taktik yang sama dengan Muhammad b Maslamah. yang dia pun tak suka dengan Muhammad. Dan akhirnya mereka bercadang untuk jumpa 5 orang dengan Kaab dekat rumah Kaab dengan senjata masing-masing. Abu Nailah pakat dengan kawan-kawannya untuk memperdayakan Kaab sebelum membunuh dia. Abu Nailah akan berpura-pura kata yang Kaab ini berbau wangi dan calitkan tangan dia pada kepala Kaab, kemudian yang lain juga membuat perkara yang sama. Jadi Kaab dalam keadaan tidak sedar akan sekeliling dalam keadaan menunduk. Akhirnya pada saat itu, Muhammad b.Masalamah datang memegang kepala Kaab lantas membunuhnya. Sekembalinya mereka pada Rasulullah dan menyampaikan khabar gembira dan berkata "inilah wajah-wajah yang gembira".

PEPERANGAN UHUD 

Berlaku pada tahun ke 3 hijrah. Setahun selepas perang Badar.

Setelah kekalahan Kaum Quraisy pada perang Badar, mereka bertungkus lumus berusaha untuk mengumpulkan harta dan bala tentera yang paling kuat untuk melawan kembali menebus kekalahan mereka terhadap Kaum Muslimin.Sehinggakan keuntungan yng diperolehi daripada kafilah Abu Sufyan yang dibawa berniaga ke Syam itu telah kesemuanya digunakan untuk persiapan ini . (Perang Badar terjadi juga disebabkan oleh kafilah Abu Sufyan ini)

Safwan bin Umaiyah memujuk Abu Azzah , seorang penyair untuk menaikkan semangat kaum Quraisy untuk memberi harta mereka untuk digunakan bagi memerangi orang Islam.Abu Izzah kata tak boleh aku dah janji dengan Muhammad tapi Safwan kata takpe kami akan jaga kau dan keluarga kau.

"Sesungguhnya orang2 kafir mereka infakkan harta mereka untuk memalingkan manusia dari jalan Allah. dan hart itu akan jadi penyesalan buat mereka dan mereka akan dikalahkan (8:36)

Bila cukup tahun bulan Syawal tahun ke-3. Mereka cukup kumpulkan harta. 3000 tentera, 200 kuda, 3000 unta, setiap orang bawa satu unta.

Bila Al-Abbas bin Abd Muthalib (bapa saudara Nabi) yang berada di mekah mendengar tentang persiapan mereka , dia terus menghantar utusan untuk memberitahu Rasulullah tentang perisapan orang kaum Quraisy itu.

Zaman dahulu ada banyak cara untuk mengukur perjalanan atau jarak. Seperti satu marhalah = satu hari perjalanan. Perjalanan dari Mekah ke Madinah mengambil masa 5 marhalah= 5 hari perjalanan.  Bila naik kuda boleh cut perjalanan half dari 5 perjalanan jadi 2.5 hari. Jadi utusan itu menggunakan kuda supaya berita itu sampai dengan segera. Rasulullah membuka surat itu di Masjid Quba' dan dibaca oleh Ubay bin Kaab (Rasulullah tidak boleh membaca). Rasulullah sentiasa dijaga oleh orang Ansar pada setiap ketika.

Rasulullah suruh Ubay simpan rahsia dan setibanya sampai di Madinah.

Disebut dalam riwayat yang lain dan agak lemah, Hindun binti Utbah setibanya sampai di Abwa  (tempat makam ibu baginda Rasulullah) , dia mencadangkan untuk mengeluarkan jasad ibu Nabi tetapi ditolak mentah oleh pembesar Quraisy yang lain. Hindun menyimpan dendam kerana suami dan anaknya telah dibunuh sewaktu perang Badar. Rombongan Quraisy juga membawa lebih kurang 15orang perempuan untuk memukul rebana dan  menaikkan semangat mereka termasuk Hindun. 

Rasulullah kumpulkan (untuk syura) semua pembesar (termasuklah Abd b Ubay) dan beritahu yang sekarang ada 3000 orang Quraisy sekarang tengah otw nak menyerang kita. Para sahabat yang betul2 cintakan Nabi kata kita lawan. Rasulullah berkataa "aku bermimpi aku lihat ada lembu yang disemebelih (yang bermaksud beberapa orang sahabat besar ang akan tewas dalam pertempuran) , mata pedang aku pecah (keluarga aku yang akan tewas) , meletakkan tangan aku dalam baju besi yang kuat (aku berpendapat bahawa seeloknya kita duduk di Madinah) berbanding keluar dan tunggu sahaja mereka datang. Abd B Ubay juga setuju dengan pendapat Nabi. Kerana pengecutnya dia untuk keluar berperang.

Para sahabat ada yang tidak setuju. Orang Ansar yang tak dapat ikut perang Badar berkata sepatutnya kita keluar melawan mereka. Hamzah juga berpendapat aku tak kan bagi sedekah pada sesiapa pun sehingga kita bunuh mereka luar dari Madinah.

Akhirnya, walaupun Nabi lebih berat untuk tinggal stay di Madinah tapi memandangkan ramai yang berpendapat untuk keluar dari Madinah, maka Nabi bersetuju untuk keluar dari Madinah. Rasulullah kemudiannya balik ke rumah, dan membuat persiapan untuk keluar. Nabi membawa 2 baju besi dan mengikat serban baginda dengan kemasnya.

Kemudian selepas itu, sahabat berasa berat hati kerana mereka merasakan mereka terlalu memaksa Nabi untuk berperang di luar kota Madinah. Lalu, mereka berjumpa Nabi dan mengatakan yang mereka hanya akan menurut perintah Nabi dan tidak kisah untuk berperang samada di dalam atau di luar kota. Nabi menjawab"tidak pantas bagi seorang Nabi untuk menanggalkan balik apa yang dipakai sebelum Allah memberi keputusan untuk menanggalkannya"

Kemudian Nabi membahagikan bala tentera Kaum Muslimin kepada 3 bahagian
1) Kaum Muhajirin (diketuai oleh Musab bin Umair)
2) Kaum Aws (diketuai oleh Usaid b Hudair.. tidak pergi ke badar sebelum ini)
3) Kaum Khazraj ( diketuai oleh Al-Hubab b Al-Munzir ..mempunyai kredibiliti yang baik, memberi cadangan seaktu perang badar supaya mentutup semua perigi2 agar Quraisy tidak dapat minum)

Tentera Islam seramai 1000 orang .

Nabi meletakkan Abdullah b Umi Makhtum, seorang yang buta untuk menjadi bilal. Ada 2 hikmah di sini:
1) Islam tidak mengetepikan golongan OKU
2) Amat memalukan bagi mereka yang cukup sifatnya tetapi tidak mahu pergi keluar berperang

Sampai sahaja di Asy-Syaikhan, Nabi berhentikan bala tentera dan check satu2 line dan menyuruh Abdullah b Umar , Usamah b Zaid. Zaid b Thabit, dan beberapa orang lagi untuk balik. Kerana mereka terlalu muda  untuk berperang. Menunjukkan Nabi menjaga hak asasi setiap insan. Sampai kepada Rafi' dan Samurah yang masih muda. Tapi disebabkan dia hampir 15 tahun dan pemanah yang hebat.

Kemudian ada juga beberapa orang yahudi yang ingin menyertai rombongan Kaum Muslimin tetapi Nabi menolak kerana tidak mahu mendapat pertolongan daripada yahudi yang bukan dari kalanagna penduduk Madinah.

Malam sebelum peperangan, mereka tidur dan berehat sambil dijaga oleh 50 orang penjaga kem tentera.

Keesokan harinya, pagi sebelum perang Abd b Ubai nak pulang , kerana dia kata Nabi tak mendengar cadangan aku dan aku nak balik. Dia berbolak balik dan hampir 300 orang tentera balik mengikuti dia. :( . (pengajarannya : jangan lah kita menjadi orang yang merosakkan rancangan kalau tidak mahu medokongnya)

Kemudian, Nabi bertanya kpada semua siapa tahu cara yang membolehkan kita untuk mengepung tentera Quraisy? Maka Abu Khaitamah berkata ada jalan yang bolehkan kita naik ke satu bukit dan kita kena tembusi satu kebun yang dimilik oleh Mirba b Qaizi seorang tua kafir yang buta. Kemudian bila mereka melepasi kebun milik Mirza dia melempar batu dan tanah kepada kaum Muslimin. Para sahabat geram dan ingin membunuh Mirza namun Nabi berkata " janganlah kamu membunuh dia kerana dia buta mata dan hatinya"

Nabi kemudiannya mengatur kedudukan tentera Muslimin dalam 2 barisan. Baginda meletakkan 50 orang pemanah yang handal diketuai oleh Abd Bin Jubair di selatan lembah Qanat dan berpesan supaya tidak meninggalkan tempat itu tanpa sebarang sebab yang munasabah. (yang akhirnya mereka melanggar pesanan ini dan atas sebab inilah Kaum Muslimin kalah dalam perang Uhud)

Sebahagian riwayat menyebut " kalaulah walaupun ada burung datang dan patuk kepalakami, janganlah sekali kamu meninggalkan tempat ni melainkan hanya dengan perintah aku"

Nabi juga meletakkan Munzir di sebelah kiri(seorang yang tangkas dan hebat sewaktu perang badar) dibantu oleh Zubair dan Miqdad di sayap sebelah kanan. Nabi meletakkan mereka yang sangat handal dan tangkas di barisan hadapan sekali.

Nabi keluarkan pedang "siapa di antara kamu yang mampu untuk menunaikan hak pedang ini". Abu dujanah kata " apa hak nya wahai Rasulullah". Rasulullah balas "haknya adalah setiap kali kamu pukul musuh kena jatuhkan musuh dari kuda mereka dan mereka mati. Abu Dujanah seorang yang ganas dan garang, memakai serban merah ketika perang dan memnag digeruni oleh musuh. Lalu, Nabi pun memberikan pedang baginda kepada beliau. Dan selepas itu, Abu Dujanah jalan dengan bongkak bersama pedang itu lalu baginda berkata "cara jalan begini sangat dibenci oleh Allah melainkan hanya dalam keadaan tertentu seperti (ketika peperangan)". Dan memang sewatu peperangan dia menjatuhkan semua orang dan membunuh semua musuh dengan pedang Nabi.


to be continued...















Tuesday, October 21, 2014

lihat dan pandanglah sekeliling ; alam itu punya sesuatu !

Bismillah.



foto dari kamera nikon merah, tahun 1


hari ini, lewat pulang dari jamiah, kelihatan seorang teman akhawat  sedang berjalan kaki berseorangan menuju ke arah sweileh, timbul rasa sebak dalam diri, begitu kuatnya dia. bagaimana saya masih selesa duduk menaiki coaster andai ada sahabat yang lain bersusah payah untuk pulang dan pergi ke jamiah. seandai ditanya jawapan yang biasa didengari hanya ringkas"exercise " sambil dibalas dengan senyuman penuh lelah.

tunduk,

sayu..

coaster berhenti lagi di lampu isyarat masjid universiti. terlihat pula dua orang sahabat dari kalangan syabab berjalan kaki menempuh kesejukan petang sambil berborak riang. ah, luarannya tampak seronok namun dalam hati siapakah sahaja yang tahu dan memahami situasi mereka yang sebenarnya ? sedang berjimat untuk wang sekolah adik-adik di kampung, mungkin saja sedang berjimat untuk membayar wang yuran universiti yang tinggi (disebabkan majoriti dari batch mujaddid yang tidak mendapat yuran tempatan jamiah). mungkin sahaja. banyak lagi andaian yang tak terkata, semuanya merasai susah. susah sebelum dapatkan senang akan datang.

sering sahaja kami bualkan tentang kesusahan pelajar Malaysia di sini, bukan sikit, tetapi saban tahun, bilangannya makin meningkat, tambahan lagi, dalam batch saya, namun, apa sahajakah usaha yang kami terdaya untuk melakukannya, mana yang termampu kami lakukan, kami lakukan.


masih teringat sewaktu punya kesempatan mengikuti Annual Grand Meeting mpmmj (persatuan penuntut Malaysia di sini) tahun lepas, saat wakil dari setiap dari kelab dan persatuan yang bernaung di bawah mpmmj diberi peluang untuk memberi ucapan di hadapan pentas. sewaktu bangkitnya pengerusi unit zakat dan sedekah Mpmmj berucap, beliau menyebut akan peningkatan kutipan zakat bagi tahun lepas dan meluahkan rasa simpati terhadap beberapa penuntut Malaysia di seluruh mantiqah di Jordan sehinggakan ada yang sanggup berlapar dan makan indo mie (mi segera yang boleh didapati dengan mudah di Jordan dari Indonesia) yang dikerat empat ! terkejut.




kunci kegembiraan banyakkan memberi dari menerima



siapa kata hidupnya manusia di muka bumi ini penuh sahaja dengan kesenangan. ada orang sudah dipermudahkan jalannya menuntut pelajaran ke luar negara diuji sedikit dengan kewangan. tak kurang juga yang diuji dengan emosi dan masalah keluarga, ada juga yang diuji dengan masalah M orang melayu, malas. juga masalah akademik meski sudah diusahanya sebaik mungkin, macam-macam.


lagi ditelek,


berbezanya kesusahan yang dialami oleh setiap orang memantulkan kembali keagungan Dia yang begitu berkuasa dan upaya untuk memberikan kesusahan dan kesenangan keada siapapun yang Dia hendak !


ada juga manusia yang hidupnya yang mudah dalam segala aspek, dari wang yang sudah ditaja oleh kerajaan dan badan-badan zakat, dari keputusan universiti yang menakjubkan, pengaruh rakan-rakan yang bagus, dihormati semua orang, daya ingatan yang tinggi namun pasti sahaja manusia itu tak kan pernah rasa cukup dengan apa yang ada, dirasakan pula dia keseorangan , perlukan teman untuk berkasih, lalu, hanyut dalam dunianya sendiri, yang lantas, merenggut satu persatu nikmat yang diberiNya sebelum ini.


jadi, apa sahaja yang buatkan manusia itu terus utuh dan rasa cukup dengan apa sahaja yang dia dapati dari dunia yang tidak mengenal erti lelah dengan kerenah kami ini?


 ya,

 ilmu.

ilmu yang akan buatkan kita senantiasa rasa dekat dengan si Dia. ilmu yang buat kita lebih peka dengan alam. Alam yang dimaksudkan bukan sahaja dengan jaga kebersihan tempat tinggal , pakaian, dan alam sekitar seperti firman Allah :

" ! وثيابك فطهر "
namun apa sahaja yang terkandung dan hidup pada alam itu, mana mungkin manusia yang mukmin tidak prihatin terhadap jiran tetangganya malah sahabat karibnya. mungkin boleh pakai kata orang Melayu " anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan " . bantu selagi mana kita mampu !


teringat sewaktu sem musim panas tahun lepas, berkesempatan mendaftar kelas arab 100 (mata pelajaran wajib) dengan seorang kakak senior yang sudahpun kini selamat berada di Malaysia. beliau punya aura yang cukup berbeza, ada sahaja peluang yang beliau pilih untuk  membuat kebaikan. usai sahaja kelas setiap hari, sering sahaja dia berlumba menghulur duit ke pak cik coaster membayar tambang kami juga. nah, kebajikan yang sedikit pun mampu membuatkan hati seseorang terasa indah dan terkesan, apatah lagi kebajikan yang besar-besar. mudahnya untuk gembirakan hati orang dan hati sendiri ! :)


juga ilmu yang membuatkan kita lebih semangat untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan yang ditegah. andai sahaja dicabut nikmat cintakan ilmu dalam diri, sakitnya bukan kepalang, malas mula merajai diri, kehidupan mula dipenuhi dengan perkara yang tidak sepatutnya.
 juga ingatlah ilmulah antara yang ditinggalkan yang diwariskan oleh rasulullah dan para anbiya kepada kita.  siapa lagi yang diwajibkan menjaganya kalau bukan kita si penuntut ilmu !



sweileh yang menyimpan seribu satu cerita 


kadangnya, sedih melihat persekitaran kampung sweileh,bukan sedih kerna asap rokok si arab yang makin kian menusuk hidung, namun sayu akan sikap kita semua.  malam kuliah kita tak lagi sehangat waktu kita tahun satu dahulu.segala kuliah-kuliah yag persatuan atau siapa sahaja anjurkan hilang meriahnya dengan sesi soal jawab yang menyegarkan .Masih kah kita ingat,  saat masing-masing punya semangat luar biasa dalam berkejaran medapatkan ilmu, kelas-kelas ilmu yang dekat dengan kita tak mampu lagi kita datangi, kelas-kelas percuma yang dibuat oleh syeikh-syeikh pada hujung minggu ditolak untuk hadirkan diri tanpa punya alasan sebab musabab yang kukuh.  usrah yang dianjurkan hilang izzahnya dan kesan pada diri.


sememangnya hidup kita tak mampu untuk lari dari tanggungjawab ilmu,tanggungjawab ilmu itu ada di mana-mana sahaja, walaupun kita hanya pelajar biasa-biasa , walau kita hanya datang ke sini untuk mempelajari markaz lughah ataupun dipaksa . dari pelbagai latar belakang pengajian, kita lagi punya kelebihan dan kekuatan untuk berbincang mengadakan pelbagai forum dan wacana ilmu untuk merancakkan kembali daya fikiran masing-masing, selain dari apa yang diajar di universiti.


 tujuan untuk menulis, bukan ingin  buka pekung di dada dan mengecam mana-mana individu, jauh lagi untuk menunjuk diri, namun lebih kepada mendatangkan rasa muhasabah kepada sesiapa sahaja yang mambaca malah bagi empunya tangan yang sedang rancak mencoret ini. entahlah, asalnya bukan punya tujuan yang khusus untuk bercoret panjang , isinya sahaja kejap tenggelam kejap timbul, namun inilah perasaan yang sekian lama berbuku di hati.


salah kita yang biasa , kita anggap kekurangan itu melemahkan sedangkan kekurangan itu sebenarnya bersifat menguatkan. kita juga jika lemah dalam sesuatu perkara, kita bukan keseorangan, adilnya Allah, Dia punya kebijaksanaan menciptakan manusia dalam gene yang berbeza yang seterusnya melahirkan sikap dan kelebihan masing-masing yang begitu banyak bezanya. dan di saat itulah kita saling menguatkan dan menampal kekurangan mereka yang lain. semuanya kerana segala simpulan Ilmu ada di tangan Tuhan ! kita jauh sekali punya kemampuan menyangka buruk setiap apa yang dianugerahkan olehNya. yang perlu kita lakukan bersyukur dan bersabar dan berusaha memperbaiki kesalahan sekarang dengan sungguhnya !

alam itu punya sesuatu untuk kita dapati, mustahil seorang manusia yang baik imannya, yang baik akal fikirannya, tidak mendapati apa2 daripadanya, walaupun dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

malah, hati yang sakit juga dapat hidup subur kembali hanya dengan melihat alam andai diamati dengan mata hati yang paling jujur dan ikhlas.


Wallahualam.





Friday, April 18, 2014

Dahulunya sakit kininya manis :)





Bismillah,


cenonetnya lahai kami !


Setelah sekian lama menyepi dari menulis, hari ini saya terpanggil untuk kembali mecatat suatu cebisan dari hidup-hidup saya di Jodan dengan harapan ianya menjadi penguat di kala lemah, hilang semangat dan jatuh dan khas untuk kita semua sahabat yang tersayang !

dulu, kalian  bersungguh dokongi saya ,walaupun terkadang dari lubuk hati ni, mersakan yang dokongan itu hanya seolah-olah hanya sekadar tidak memberi apa-apa kesan terhadap diri , dengan erti kata lain, saya dah hilang keyakinan dan memusnahkan impian serta harapan diri sendiri. makin bertambah leka, hanyut, memekakkan hati dan telinga untuk berubah dan itqan dengan jalan yang sedang ditempuhi sekarang, sadis sungguh.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

terimbau kembali.
selepas raya aidilfitri yang lepas, semua bertanya tentang result yang  diperolehi  oleh saya untuk tahun pertama perubatan. dan tipulah kalau diri tidak merasa susah hati dan berdebar sepanjang keberadaan di kampung waktu itu,

" diorang semua lepas, alhamdulillah, aku pulak macamana? aku kena ikmal ke nanti? aku kena balik awal? oh tidak !". hati mana yang nak tenang saat soalan-soalan pembunuh semangat meletus tak berhenti dalam kepala ni. 

"takpa-takpa adibah, awak tenang , insyaAllah, apa jua berlaku, kena REDHA !". desus hati cuba memujuk perasaan sendiri,





 taknak rosakkan mood dan suasana indah hari-hari raya dan sepanjang percutian yang tak seberapa lama tu.tenang seketika. saya cuba melupakan keperitan dan kebersediaan diri untuk membuka website uj tu. bagi diri, ubat terbaik tika itu untuk melupakan sakit dan pedih tu dengan langsung tidak memikirkan apa2 soal akademik. 

kurang cerdiknya, nak lari mana, nak tak nak kena hadapi juga. lambat laun, air mata akan jatuh juga. sekuat mana manusia menahan, dia tetap manusia. punya hati dan perasaan, mana mungkin mampu untuk menggalas keperitan itu berseorangan tanpa bantuan dan dokongan mereka yang lain.


kitakan tetap manusia yang punya jiwa sedih dan gembira.

tibalah saatnya sekembalinya saya dari kampung ke Nilai, hati makin memaksa untuk terus check result dalam website penuh menyeramkan dan sedihnya, line internet rumah sangat perlahan dan memang tak oleh check samada via mobile data atau wifi rumah. and last, dengan berat hati hantar message ke umi untuk umi checkkan result dekat sekolah umi. semua maklumat diri id dan password semuanya dihantar . dan saya dirumah menunggu keputusan dengan penuh berdebar, tiap masa sepanjang hari tu, mata tak pernah lari dari memandang phone takut2 ada message dari umi. berdebarnya masa tu, hanya Dia yang tahu, betapa banyak doa dan kata2 pemangkin yang saya ucapkan tika itu hanya Dia yang tahu. menunggu dengan penuh sabar dan cuak. tak pernah rasa sedebar ini !

akhirnya, message yang ditunggu-tunggu masuk dalam inbox message. umi taip bulat-bulat macam yang ditulis dalam table tu. dan tak lama kemudian, dapat panggilan dari umi,

"salam kak long, macamana dengan result tu, lepas ke?" umi menanya di hujung talian dengan penuh berdebar.

"umi, kak long kena ikmal. " suara menahan sebak, kalau boleh time ni, tak nak menangis depan umi, umi dah lah banyak kelas lagi hari tu, tak nak susahkan hati umi, rasa nak peluk umi sekarang tu jugak, 


sakit, perit, pedih, letih, menyesal, apa dah jadi ni. ? dunia gelap seketika.


layu.

saya diam , tak berkata apa-apa.

"kak long, ok tak ni, kak long tenang dulu, nanti umi cuba balik awal sikit harini, " balas umi memcah kesunyian. menenteramkan saya.

"umi, bila kena ikmal maksudnya kak long kena balik awal. tiket macamana, nak study macamana, buku semua tinggal dekat jordan. , maafkan kak long umi, buat umi abah macamni, tak bersungguh dengan amanah ni. maafkan kak long umi,".semuanya keluar, akhirnya air mata yang tadinya ditahan dengan penuh daya mengalir juga, 


sungguh , beratnya ujian yang ditimpa atas saya tika ini, terdetik betapa masih awal lagi ujian ini buat diriku, seawal tahun satu, terpaksa berhadapan dengan semuanya seorang diri.


lepas habis call umi, terus masuk bilik dan rehatkan diri. tenangkan diri, forwardkan message dekat syidah.

"syidah, kita kena ikmal". ikmal ikmal ikmal.

sakitnyaa, pedihnyaa, semua call lepastu memang tak terdaya nak teruskan lagi dah. 

satu persatu masalah timbul dalam kepala. kena ikmal bermakna kena balik awal, cuti yang dulunya jadi 3 minggu lebih, berkurang seminggu, nak kena study sepanjang duduk bercuti kat rumah, mana nak dapat sheet dengan slides .


dan Alhamdulillah, saat saya jatuh tersungkur ini, Allah masih sayangkan hambanya yang sering leka ni dengan menghantar seberapa ramai wasilah untuk menenaaangkan jiwa yang gundah, yang serabut ni.



susunan hidup  yang begitu indah

umi abah , yang sentiasa sokong dari belakang, yang tak putus-putus bagi semangat dan kata-kata positif untuk menaikkan kembali keyakinan dan semangat anakmu ini. abah yang sanggup pujuk dan tolong kak long uruskan tiket (terpaksa beli tiket baru one way sebab terpaksa balik awal seminggu dari yang lain seorang diri bertemankan dengan adik-adik dan akak-kakak dari YIK tahun stau yang akan ke Jordan), abah sanggup tolong bawak kak long untuk pergi sekolah abah semata-mata untuk download sheets dengan slides yang berpuluh-puluh tu memandangkan internet rumah ada sedikit masalah masa tu, terima kasih umi abah sebab sentiasa doakan dan sabar dengan fe'el anak abah umi sorang ni. :'(

Lina Salem dan Ala' yang membantu mendaftarkan nama untuk ikmal , yang sentiasa update dengan study saya seorang tika itu, yang sudi meneman saya saat terpaksa pergi jamiah ambil ikmal seorang diri saat semua sahabt masih lagi di tanah air tercinta. yang menunggu sehingga saya habis exam, dan bagi support. sungguh !, ni lah ukhuwah dan kasih sayang seorang kakak yg tak berbelah bahagi walaupun baru kenal. siap ala' belanja cokelat dengan belanja tambang coaster lagi. betul lah,
saat kita kehilangan dan jauh dari mereka yang senantiasa mendokong kita, Dia menggantikannya dengan mereka-mereka yang sanggup berkorban segalanya demi membantu kita. sungguh ,engkau tidak pernah bersendirian ! yakinlah ! 

saat kita bermusafir adalah saat kita benar-benar mengetahui potensi dan kelemahan diri.saat kita mengetahui Allah masih sayangi kita dan hendak membentuk peribadi kita yang paling baik yang kita mampu lahirkan. permusafiran yang sungguh membentuk peribadi dan mendidik jiwa .

tak lupa buat sahabat-sahabat berlapan. ilah, melly, rasyidah, kak ya , atin, nasha, dan muja. mereka yang banyak membantu beri sokongan, sentiasa update berapa banyak dah habis study sepanjang saya berada di rumah, serta doa rahsia mereka yang tak putus-putus. insyaAllah, walaupun tempoh perkenalan baru sekejap cuma, tapi dapat rasakan antara kita berlapan ada sesuatu rasa kasih yang tak terungkap, susah senang kita bersama, menempuh semua jatuh bangun, turun naik , suka duka, kehilangan dan pertemuan, moga kita diberi hati yang thabat dan kuat untuk menempuh semua rintangan ini bersama.

رب أخ لك لم تلده أمك


dan saya terus terang sepanjang sem 1 tahun 2 berjalan, perasaan takut-takut untuk meneruskan perjalanan ini masih bersisa , kerap kali soalan -soalan berbentuk penyesalan muncul dalam kepala. adakah aku mampu?. betul ini jalannya?

gantung harap seyakinnya!
namun, saya yakin dengan istikharah, setapak demi setapak diri cuba menanam semangat dan keyakinan mula berputik kembali. yang keputusan yang dahulunya dibuat bukan sekadar kosong semata-mata dan atas panduan si Dia . maka mana mungkin ini jalan yang salah dan tidak mampu untuk saya teruskan. saat itu, saya cuba menanam sebanyak mungkin kata-kata positif, walaupun kadang-kadang lebih banyak berdiam diri dan beruzlah buat seketika waktu bagi muhasabah dan mengumpul kekuatan, alhamdulillah syukur, sekarang saya nampak yang ini hanyalah sedikit dari ujian dunia sebenar yang Allah nak tunjukkan kepada saya. 

dan harapan serta doa yang selalu dititipkan agar kita diberi kekuatan dan thabat dengan segala apa yang diberi olehNya, ya, peristiwa ini, dahulunya pahit bagiku, namun, sekarang hikmah darinya tersingkap sedikit demi sedikit, supaya sekurang-kurangnya balik dan sekarang saya mampu menanam sifat resist dan sentiasa bersemangat walaupun ditimpa hujan ribut petir yang dahsyat macamana pun.



saya yakin, dahulunya saya antara yang terplih olehNya untuk menggalas ujian itu dari kami berlapan.mungkin saat itu, saya antara yang terlemah dan paling leka, jadi jentikan itu penuh makna , buat saya sedar dari tangga pertama (yang boleh orang katakan mudah) saya tidak bersungguh dan tak intabeh dengan kesalahan dan tak mengambil tindakan untuk berubah, apatah lagi persiapan diri untuk tangga-tangga yang seterusnya.


yakin denganNya. kuci utama.

dan kini, saya ada pengalaman yang dahulunya penuh pahit kalah kopi arab, namun kini ianya menjadi renungan dan kenangan penuh manis kalah hawiyat arab , tambahan bila menginjak ke tahun yang seterusya,agar saat saya jatuh, saya boleh bangkit dengan lebih cepat dan punya bekalan persiapan .

seperti kita yang pernah kehabisan minyak di tengah-tengah jalan, sewaktu berjalan jauh pada waktu malam keseorangan, akan datang pastinya kita akan persiapkan bekalan minyak yang secukupnya sebelum memulakan perjalan agar pisang tak berbuah dua kali. agar kita tak jatuh lubang yang kedua buat ke sekian kalinya. orang melayu kata sediakan payung sebelum hujang.

ingatlah sahabat, kita tak pernah bersendirian, andai kalian punya masalah, berkongsilah, luahkanlah. kami bisa jadi pendengar buatmu, kami bisa menjadi bahu untuk memangku, bisa jadi telinga untuk mendengar ceritamu, kami bisa jadi Harun buatmu !

insyaAllah, ahad ni,bermulalah system yang baru. GI system, yang penuh debaran, yang penuh tanda tanya. moga semuanya bermula dan berakhir dengan lancar dan baik. ;) 

ayat perkongsian umi ya, :)


nota kaki, ikmal tu repeat paper. sebab saya kurang gemar perkataan repeat yang perit tu maka ditukar dengan bahasa arab yang nampak lebih lembut dan sopan. >-< . buat yang disayangi si masyi, doa buatmu sentiasa dalam ingatan,
 dulunya aku didokongi, sekarang tiba masanya, aku mendokongmu. ;)
erat bersama. 












Thursday, October 24, 2013

mecuid (kedah style)

Bismillah.

sedar tak sedar, dah dalam 5 minggu senget-senget belajar untuk sem pertama tahun kedua ni. dan sangat sangat rasa letih sampai rasa nak nangis berbaldi-baldi . bukan rasa, dah buat pun sebenarnya. kerja takda lah banyak mana pun, kadang-kadang mustahil lah kan bilamana tak rasa tertekan bila sahabat-sahabat lain dah jauh memecut baca sheet dan slides dan segalanya . namun, umi kerap pesan, sabar kak long, start menapak step by step, insyaAllah , Allah permudahkan. yang penting bak kata seorang sahabat komitmen dan konsisten. 2 k. bukan dua ribu.hik

tatkala kawan-kawan arab dah maju macam torpedo,saya masih terangkak-rangkak menyusun jadual dan sheet slides yang bersih tanpa sebarang tumpahan air kopi dan maggi. omo omo.

semangat lah mekkk.! exam dah nak dekat. jeles tengok kawan2 lain semangat tahu.!

---------------------------------------------------------------------------------------------------


dan sekarang tengah melayan jiwa dan perasaan membayangkan betapa indahnya kalau cuti syita' ni, diberi peluang untu jejakkan kaki ke tanah Haram tu. ya Allah, rindunyya. rindu sangat sangat sampai terbawak-bawak masuk dalam mimpi,
 haritu, ada juga, whatsaap umi cakap, kak long teringin sangat-sangat nak pergi sana, jejakkan kaki ke sana, sebab jarak dah dekat sangat dah. rasa terpnggil-panggil dah. dan sekarang tengah tunggu kak nuyu pm nombor tok cik sahaja. moga dipermudahkan. nak join under jamiah lah, kalau diberi peluang, aminnn

dan buat kakak-kakak sayang berlima, maaf sampai sekarang tak buat keputusan lagi samada nak join atau tidak untuk jaulah ke turki tu. bila fikir, sedih jugak tak dapat pergi sama-sama. tapi, doalah yang ni tebaik untuk kita. rasa macam perlukan sesuatu suasana dan keadaan untuk tenangkan balik hati gundah gulana ni.



apapun, malam ni rasa sayu dan sedih sangat.
entahlah,
suka sangat melayan jiwa parah ni.
adush!

kadang-kadang hidup ni, takut rasa nak lafaz rasa bahagia terlampau, takut nanti pengakhirannya juga sedih melampau-lampau.


fuhh bahasa.
heh. karma kut.

kalau diikutkan balik, graf hidup sendiri takdelah menaik sahaja sepanjang masa,
banyak sangat surut dari pasangnya,
banyak sangat sedih dari gembiranya,
apapun, syukur tu perlu selalu mengiringi,
baru hidup penuh bahagia dan tenangsehingga akhirnya.

dan entah kenapa semenjak seminggu dua minggu ni, bila duduk sorang-sorang mudah sangat capai tissu.
mudah sangat cembeng. haha. majaz tak majaz ayat ana.

wuii diboshh, dah dah lah tu , malu-malu.

ayat orang tak matang, macamnilah. bendera putih, terima kenyataan.




---------------------------------------------------------------------------------------------------------

in processing......

pahat perasaan tabah ni bukan kerja gampang dan mudah. dan merupakan proses yang lama dan berterusan sampai hujung hayat. dan kekentalan jiwa ssesorang tu tebentuk setelah diuji dibakar dipanggang hangit disejuk. lebih kurang nak hasilkan guli dan tembikar lah katakan. nak dapatkan yang betul-betul terbaik dan terdaebak bukan makan masa sehari dua, sesaat seminit apatah lagi. kenalah take time. dan rela korban dan serah diri untuk dididik oleh Dia dalam kehidupan ini.



tunggang tebalik panas sejuk tu biasa

Tabah dan matang seperti nabi Ibrahim?

Nabi Ibrahim ternyata bukanlah calang-calang orang, bukan calang-calang  Nabi,antara manusia besar dan individu hebat dan penting. Nabi ulul azmi , dan antara Rasul yang terdekat dengan kehidupan dan diri setiap Muslim itu sendiri. Manakan tidak, setiap hari kita berselawat dan menyebut nama baginda dalam tahiyat sewaktu solat . Takkah tu jadi tanda tanya apakah keistimewaan dan specialnya Nabi Ibrahim di sebalik kisah hidup baginda.kita mungkin tahu, tapi mungkin tak pernah mendalami dan mengahyati sedalam-dalamnya kisah baginda sehingga boleh diinterpretasikan dalam kehidupan.

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ” Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia”. (Al-Mumtahanah : 4)

baginda antara Nabi yang disebut di dalam Al-Quran dalam 3 fasa kehidupannya. Bermula saat baginda bergelar sebagai seorang anak (zaman remaja) , serta zaman ketika baginda bergelar suami kepada Siti Hajar dan ketika fasa bekeluarga, bergelar ayah kepada Nabi Ismail.

rugi sangat jika kita hanya menuturkan selawat ke atas baginda tanpa mengambil ibrah dalam kehidupan seorang Rasul yang memikul tanggungjawab besar dalam membangunkan sendi-sendi kaabah, juga menjadi simbolik kepada pengorbanan sewaktu eidul-adha.

dan kalau diperhatikan dan dikaji, ujian baginda banyak bermain dengan EMOSI,
emosi ketika berhadapan dengan ayah baginda ketika baginda berani memusnahkan kesemua berhala-berhala ketika hari perayaan pada ketika itu.
emosi ketika baginda terpaksa meninggalkan Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail di padang pasir yang tandus dan kering kontang saat si isteri sarat mengandung
serta emosi sebagai seorang ayah yang ketika itu terpaksa memilih antara perintah Allah dan juga kasih sayang terhadap Nabi Ismail.

dan kalau dilihat sekarang, boleh dikatakan , yang rata-rata permasalahan tidak kira remaja mahupun orang gedang dan dewasa, terlibat dalam permainan emosi.

bila ditegur sedikit, melenting.
bila tension sedikit, meluah sakan di segala laman sosial yang ada,
bila dinasihat sedikit, terus buat muka penyangkut hanger.
muka mintak penyubit.

apa hal pandang-pandang ha?



macamana nak bina generasi matang tu?

 orang yang matang adalah orang yang mampu membuat keputusan dengan tegas dan tetap.

 tak mudah berubah dan dipengaruhi oleh orang lain yang berada di sekeliling. seperti baginda yang kukuh akidahnya dan tetap pendiriannya ketika suasana (baca: ayah dan keluarganya) tidak memihak kepada diri baginda. Bagaimana seorang remaja yang tidak mendapat pendidikan secara langsung daripada ayahnya sendiri mampu membina kematangan yang sehebat tu.?

dan kalau dilihat, ketetapan pendirian baginda sendiri lahir setelah baginda mengkaji dan menimbulkan isykal ataupun tanda tanya terhadap ayahnya dan diriya sendiri, Siapakah Tuhan yang sebenarnya? Adakah berhala ini betul-betul Tuhan seperti yang dikatakan oleh ayahnya. segala persoalan yang timbul dan dicari penyelesaiannya secara ilmiah dan dari pemerhatiannya dengan alam semulajadi ciptaan Tuhan menjadi pembimbing dalam menyelesaikkan persoalan-persoalan tersebut.

74. Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya Aazar  “Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai ilah-ilah. Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata”.  
75. Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) dilangit dan di bumi, dan (Kami memperlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin 
76. Ketika malam menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah Rabbku” Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada yang tenggelam”.  
77. Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah Rabbku”. Tetapi setelah bulan itu tenggelam dia berkata: “Sesungguhnya jika Rabbku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat”. 
78. Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit dia berkata: “Inilah Rabbku, ini yang lebih besar”, maka tatkala matahari itu telah terbenam, dia berkata: “Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. 

dan moga-moga walaupun umur tak masuk 18 lagi, saya dan semua mampu mencapai kematangan dan memahat tabah dalam jiwa ni. aminnnn

151294,
nak balikkk. sobs sobs.


kamsahamidaa   ;')