Sunday, June 30, 2013

Komunikasi Berjaya juga Bergaya

Bismillah,

"ya lah, mesti dia tak faham, kamikan dua jasad berbeda si." si A mengadu  kepada temannya sambil duduk memeluk lutut menahan sebak.

B hanya mampu mengusap-ngusap bahu temannya itu sambil tergelak kecil. mana tidaknya, sempat lagi dia mengeluarkan ayat2 serupa A. Samad Said time-time macam ni. Dari raut wajah temannya jelas terpancar akan perit pahitnya hubungan A dan C. Mungkin  bertambah dengan cuaca panas soifi yang terik membuat A makin pening dan tertekan dengan kerja-kerjanya. bisik hati kecil B.



 "A, hang kena banyak besabaq, ini semua dugaan dan tarbiyah untuk hang, biasalah, kita kalau duk buat kerja ni, tak semua orang puas hati dengan kita," pujuk B tenang.

"tapi, diorang tak tahu hal sebenar B, aku bukan tak ajak dia pi sekali, tapi dia ada hal lain tyme tu, nak buat camana.diorang hanya dengaq dari sebelah pihak ja, tak dengaq dari pihak aku pun. last2, post kat fb, tipu kalau aku tak terasa. tapi, aku cuba tahan, cuba tahan... " jawab A teresak-esak menahan sambil mengelap air matanya, menahan dari tumpah ke kain telekung cap gajah duduk B.



komunikasi biar berisi, gemuk dan padat



situasi 'adi bila makin membesar di bumi Tuhan (Jordan)  ini. tak terlepas dari salah faham dengan manusia.

lain yang cuba disampaikan, lain yang diterjemahkan,
lain yang dibuat, lain pula penafsiran seseorang,

lumrah,

kebiasaan,
pengalaman,
mematangkan,
dah jadi matang, eh?

dulu2, teringat lagi saat seorang tokoh senior yang tak asing lagi kat Jordan ni, datang bagi talk di Amman. namanya biarlah rahsia. nanti timbul kontroversi pulak. ehee.


betapa pentingnya kemahiran komunikasi ni dalam kita nak sampaikan sesuatu perkara dan maklumat samada penting atau hanya sekadar borak-borak biasa. Sedangkan dalam nak spread da'wah pun perlu kepada komunikasi. yelah, macamana nak sampaikan kalau dai'e cakap tak tersusun dan meleret.


dan Rasulullah punya kemahiran komunikasi sangat tip top.

 bashta!.
setiap kali apa yang disampaikan oleh baginda sangatlah padat dan pendek.

ada satu kisah yang dibawa oleh beliau yang dipetik dari Al-Quran, bila baca ayat ni, sememangnya tak kan rasa ada apa2 yang related dengan kemahiran komunikasi, tapi, bila ditadabbur dalam dan lebih dalam, baru kita akan nampak apa mesej tersirat yang ingin diceritakan oleh Allah kepada kita untuk ambil pengajaran dan ibrah.



bukan sekadar untuk dibaca berlagu-lagu, malah di hayati  sepenuhnya


" Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir?" (An-Naml :20)

dalam ayat ini, jelas menunjukkan tentang sifat ketegasan dan kepimpinan Nabi Sulaiman dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai raja dan pemimpin bagi sesebuah negara. dan pada pertemuan rutin itu,  Burung Hud-hud tidak hadir seperti biasa tanpa memberi sebarang alasan dan sebab yang munasabah.
sehinggakan ,Nabi Sulaiman berkata ". Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang”. (An-Naml :21)
baginda benar-benar tegas akan menyembelih dan menghukum burung hud-hud jika sekembalinya ia nanti berjumpa dengan Nabi Sulaiman tanpa sebarang alasan yang kukuh. melihat kepada ketegasan baginda jelas membuktikan bahawa pemimpin bukan sahaja tegas dan berhikmah dalam membuat keputusan, malah, juga penuh dengan sifat toleransi . Yang mana, hukuman hanya akan dikenakan sekiranya burung hud-hud datang tanpa sebab-musabab yang kukuh.

"Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan Yang disembah kecuali Dia, Tuhan Yang mempunyai ‘Arsy yang besar”. (An-Naml : 22-26)


Setibanya hud-hud berjumpa dengan baginda Sulaiman, terus menerangkan sebab ketidakhadirannya ke meeting rutin tersebut. Pada ayat inilah jelas menunjukkan betapa pentingnya komunikasi dua hala . Baginda Sulaiman membenarkan Hud-hud menyuarakan pendapat dan alasannya, dan Hud-hud tampil memberi sebab dan memohon maaf atas kelewatannya .

Dan jika dikaitkan dengan zaman globalicaci ni , tak ramai orang yang sudi memberi peluang kepada orang lain untuk menyatakan alasan dan sebab kesalahan yang dilakukan. Dlam konteks kefahaman yang mudah, ya, kita lebih mudah menghukum dari mengadili sesuatu perkara. Bagaimana si A nak berbaik semula dengan  si C kalau C tak nak dengar apa yang dia sampaikan atau mungkin si A tak bersemuka dengan C dan mohon maaf atas keterlanjuran yang berlaku.
bianne :I



Buat salah itu 'adi, terkadang tak sedar, di luar kawalan dan unconscious , orang medik kata, 
Tapi, orang yang kuat tulah sebenarnya orang yang benar -benar tulus mengaku kesalahan dan merendahkan ego walaupun terkadang tidak jelas dan nyata siapa yang salah sebenarnya.