Sunday, May 26, 2013

Bismillah.

sem ni, bermulalah kisah kesibukan tahap maksima yang tak pernah saya rasakan sebelum ini, buat saya dan sahabat2 , rasa sesak dengan masa yang ada, makin tertekan dek kerana kekurangan skill untuk urus masa,mungkin. dan ya, itu saya. mana taknya, pagi-pagi lagi, mula kelas pukul 8 pagi, dan kelas habis dalam pukul 5 petang.  habis sahaja kelas english, hati ni terus melompat2  tak sabar nak balik ghumah. hula2, over tau dibosh ni.

tak cukup tangan 

saya sibuklah,
saya bizilah,
tak sempat nak baca atau iadah quran lama-lama,
tak cukup masa nak duduk sekejap bertadabbur sama-sama,
nak study lagi, nak buat kerja rumah lagi.
tak cukup masa sangat-sangat tahu.

itu semua alasan.
ya , alasan
manakan mungkin kita tak cukup masa,
kalau status kat fb sentiasa diupdate
kalau masih sempat marathon drama-drama dalam laptop,
kalau masih sempat duduk bergosip-gosipan dan gelak-gelak.
adush.
aneh dan pelik.

setiap orang diberikan masa cukup 24 jam sehari. tak lebih dan tak kurang. namun, yang me,bzakan seseorang individu dengan individu yang lain adalah kenapa ada mereka-mereka yang sempat buat macam-macam perkara yang benar-benar manfaat dalam tempoh itu, sedangkan ada juga yang sering mengadu tak cukup masa dan sibuk

dan kalau direnungkan kembali dalam kehidupan ini, tiada istilah kesibukan bagi seorang muslim yang benar-benar profesional .iaitu muslim yang sangat-sangat menitikberatkan soal masa.

tambahan lagi, muwasafat tarbiyah yang diperkenalkan oleh imam Hassan Al-Banna sendiri menyebut tentang menepati masa.