Sunday, May 26, 2013

Bismillah.

sem ni, bermulalah kisah kesibukan tahap maksima yang tak pernah saya rasakan sebelum ini, buat saya dan sahabat2 , rasa sesak dengan masa yang ada, makin tertekan dek kerana kekurangan skill untuk urus masa,mungkin. dan ya, itu saya. mana taknya, pagi-pagi lagi, mula kelas pukul 8 pagi, dan kelas habis dalam pukul 5 petang.  habis sahaja kelas english, hati ni terus melompat2  tak sabar nak balik ghumah. hula2, over tau dibosh ni.

tak cukup tangan 

saya sibuklah,
saya bizilah,
tak sempat nak baca atau iadah quran lama-lama,
tak cukup masa nak duduk sekejap bertadabbur sama-sama,
nak study lagi, nak buat kerja rumah lagi.
tak cukup masa sangat-sangat tahu.

itu semua alasan.
ya , alasan
manakan mungkin kita tak cukup masa,
kalau status kat fb sentiasa diupdate
kalau masih sempat marathon drama-drama dalam laptop,
kalau masih sempat duduk bergosip-gosipan dan gelak-gelak.
adush.
aneh dan pelik.

setiap orang diberikan masa cukup 24 jam sehari. tak lebih dan tak kurang. namun, yang me,bzakan seseorang individu dengan individu yang lain adalah kenapa ada mereka-mereka yang sempat buat macam-macam perkara yang benar-benar manfaat dalam tempoh itu, sedangkan ada juga yang sering mengadu tak cukup masa dan sibuk

dan kalau direnungkan kembali dalam kehidupan ini, tiada istilah kesibukan bagi seorang muslim yang benar-benar profesional .iaitu muslim yang sangat-sangat menitikberatkan soal masa.

tambahan lagi, muwasafat tarbiyah yang diperkenalkan oleh imam Hassan Al-Banna sendiri menyebut tentang menepati masa.







malu eh, dengan adik nih, ngaji malah
benarlah, "bila diri tidak lagi disibukkan dengan perkara-perkara kebaikan, maka akan disibukkan pula dengan perkara-perkara keburukan"

jika, dibawa mengimbau kembali zaman kesibukan para Nabi dan sahabat sendiri, sangat berbeza kesibukan kita dengan mereka. mereka juga sibuk, tetapi sibuk dengan urusan-urusan membina Islam, namun kita, masih sibuk dan leka dengan permainan-permainan jahiliyyah yang tak sudah-sudah.

 sesibuk mereka, mereka semakin hampir dengan Allah, sibuk kita, semakin jauh dengan Allah

sesibuk mereka, dalam merancang untuk memperluaskan daulah islamiyah sehingga ke 2/3 dunia,  sibuk kita, sibuk target nak marathon pulun movie dalam laptop.

sibuk nya mereka, sibuk nak memerangi jahiliyyah yang menebal dalam kalangan penduduk Mekkah, sibuk kita, sibuk nak kaut balik debu-debu jahiliyyah sehingga makin tebal macam sawang dah.

perbezaaan yang sangat ketara. dan urus masa ni berkait rapat dengan disiplin diri dan mujahadah diri dalam memerangi perasaan hawa nafsu diri. dan dalam mujahadah tu, perlukan kekuatan.dan kekuatan tu takkan datang bergolek sendiri.

Caranya.

Lawan dan bebankan nafsu tu dengan amal ibadah. didik perasaan malas dan tak bersemangat tu selawan-lawannya.banyakkan amalan-amalan nawafil selain daripada ibadah wajib. jaga solat awal waktu'qiyamullail, banyakkan interaksi dengan al-quran, puasa sunat, dan ibadah sunat yang lain.

bak kata abah,'' bilamana kita rasa malas, gandakan lagi amalan sampai nafsu tu jadi tunduk dan terdidik dengan apa yang kita lakukan.''
kalau malas nak solat rawatib, gandakan lagi amalan dengan membaca quran ataupun buku-buku tarbawi. seolah-olah kita mendenda nafsu sendiri, sebab  tidak kuat melawan godaan syaitan yang terang-terang tidak akan pernah duduk diam melihat anak adam dekat dengan penciptaNya.




*post lama yang baru dipublish*



No comments:

Post a Comment